Elon Musk – Pengasas Tesla Dan SpaceX Adalah Individu Terkaya Di Dunia 2021

This image has an empty alt attribute; its file name is elon-musk-dan-jeff-bezos.jpg

Menurut Bloomberg Billionaire Index pengasas Tesla Dan SpaceX, Elon Musk Muncul Sebagai Individu Terkaya Di Dunia. Elon Musk muncul sebagai individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan US$195 bilion.

Elon Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan CEO Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak US$185 Bilion.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan tersebut berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih US$ 150 bilion.

Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar US, menurut laporan SEC.

Updated: January 14, 2021 — 6:08 am