KKM Jangka Kes Covid-19 Melandai Menjelang Mei 2021 – Tan Sri Dr Noor Hisham

This image has an empty alt attribute; its file name is Tan-Sri-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes COVID-19 pada bulan Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran COVID-19 dan jangkaan itu juga bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita telah berada di landasan yang betul dan kita harap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Jika ada keperluan untuk keluar rumah pastikan sop dipatuhi, pakai pelitup muka, cuci tangan dan sebagainya.

“Kita jangkakan mungkin dalam bulan Mei kes COVID-19 dapat dilandaikan di negara kita,” katanya ketika sidang media KKM pada Rabu di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, KKM meletakkan tempoh 12 minggu bagi mengawal semula kedudukan kes COVID-19 di negara.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

Updated: January 14, 2021 — 6:06 am