KEBURUKAN MEDIA MASSA (CONTOH KARANGAN UPSR)

Isu-isu yang berkaitan dengan media massa kerap menjadi bahan perbincangan di Parlimen dan masyarakat. Hal ini demikian kerana peranan media massa dalam mempengaruhi kehidupan seharian memang besar dan tidak dapat disangkal. Media massa sewajarnya berperanan membantu usaha dalam membangunkan dan memajukan negara. Di samping kesan baik, media massa juga mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat […]

Cara Memupuk Amalan Nilai Kebersihan (Contoh Karangan UPSR)

Kita memang mengetahui amalan nilai kebersihan  masih belum menjadi budaya masyarakat Malaysia.  Amalan nilai kebersihan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Terdapat beberapa cara untuk memupuk amalan nilai kebersihan. Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan kebersihan diri dan tempat tinggal. Justeru, ibu bapa mesti menerapkan […]

Langkah Menggalakkan Pelajar Menyertai Aktiviti Kokurikulum (Contoh Karangan UPSR)

Isu ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukanlah masalah baru di kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah merupakan pihak yang paling penting dalam usaha menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana, pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai program kepada pelajar untuk menyertai kegiatan […]

Punca-Punca Berlaku Kemalangan Jalan Raya (Contoh Karangan UPSR)

Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan […]

Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya (Contoh Karangan UPSR)

Kemalangan jalan raya yang berlaku telah menyebabkan kecederaan, kematian serta kerosakan kenderaan yang terbabit. Oleh itu, sewajarnya langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Antara langkah utama dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah memperbaiki sikap pemandu itu sendiri. Semua pemandu yang berada di jalan raya hendaklah mematuhi peraturan […]

Kepentingan Semangat Patriotisme (Contoh Karangan UPSR)

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau […]

Langkah Memajukan Sektor Perindustrian Negara (Contoh Karangan UPSR)

Sektor perindustrian negara sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha memajukan negara. Memandangkan sektor perindustrian banyak menyumbang kepada kekukuhan ekonoml negara, rakyat mestilah turut bekerjasama untuk memajukan sektor perindustrian. Ekonomi negara pasti kukuh jika sektor perindustrian negara dapat dikembangkan dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan rakyat dalam memajukan […]

Kebaikan Sektor Pertanian Kepada Negara (Contoh Karangan UPSR)

Walaupun pada masa kini struktur perindustrian lebih banyak diberi perhatian namun sektor pertanian tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan. Banyak langkah yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara. Jika diamati dengan teliti, negara kita cukup bertuah kerana memiliki tanah yang luas dan subur. Terdapat banyak kebaikan memajukan sektor pertanian kepada negara. […]

KEBAIKAN MEDIA MASSA (CONTOH KARANGAN UPSR)

Media massa sememangnya banyak mempengaruhi kehidupan kita setiap hari.  Secara umumnya, media massa boleh terbahagi kepada dua iaitu media elektronik yang terdiri daripada televisyen, radio dan internet serta media cetak yang terdiri daripada akhbar, majalah dan bahan-bahan bercetak yang lain. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan media massa kepada masyarakat dan negara. Kebaikan pertama media massa ialah […]

PUNCA-PUNCA BERLAKU GEJALA RASUAH (CONTOH KARANGAN UPSR)

Kegiatan rasuah tidak harus dipandang ringan oleh rakyat Malaysia. Jika isu rasuah ini tidak ditangani, ditakuti ia akan memberi kesan kepada pembangunan dan ekonomi negara pada jangka masa panjang. Kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab atau punca yang telah mendorong kepada perlakuan rasuah. Individu yang selalu terlibat dengan rasuah adalah individu yang […]