Peranan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (Pibg) Di Sekolah (Contoh Karangan Upsr)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah. 

Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.

PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guru­guru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka. Antara program-program yang boieh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat tentang kemajuan pelajaran mereka.

Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad.

Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah.

Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Updated: January 14, 2021 — 6:38 am