Soalan Lazim Tentang Skim mySalam COVID-19

1. Apakah maklumat atau dokumen yang diperlukan bagi mengemukakan tuntutan berkaitan COVID-19 kepada mySalam?

Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.

Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.

2. Bolehkah tuntutan dikemukakan bagi kuarantin secara sukarela (self-quarantine)?

Tidak. Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Adakah diagnosis atau rawatan berkaitan COVID-19 perlu dijalankan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang disenaraikan melalui laman web mySalam sahaja?

Tidak. Manfaat penggantian pendapatan akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).

4. Bagaimanakah cara untuk mengemukakan tuntutan berkaitan jangkitan COVID-19?

Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam.

Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.

5. Apakah definisi bagi PUI/Patient Under Investigation?

Takrifan boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/Annex_1_case_definition_COVID_22032020.pdf

6. Saya bukan penerima Bantuan Sara Hidup. Bagaimana cara untuk mendapatkan Perlindungan mySalam?

Sekiranya anda tergolong dalam kategori B40 dan layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup, kami mengesyorkan anda untuk mendaftar bagi menerima bayaran Bantuan Sara Hidup. Kriteria kelayakan mySalam boleh dirujuk pada Soalan Lazim 2 di portal mySalam.

7. Apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan berkaitan COVID-19?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan adalah seperti berikut:

KategoriDokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan
Positif menghidap COVID-19Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis; Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat KuarantinSurat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia; Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di kediaman sendiriSurat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia; Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Updated: January 23, 2021 — 7:30 pm