Tutorial Cara Buat Kek Tarik Duit – Versi Fazriana Bakingstudio

Cara Buat Kek Tarik Duit

Bagaimanakah cara untuk membuat kek Tarik duit yang viral sekarang. Berikut merupakan cara yang dikongsikan oleh Fazriana Bakingstudio cara-cara nak buat kek tarik duit.

1. Duit digulung dengan straw. Straw dibelah dua, masukkan hujung duit mula menggulung sehingga selesai.

2. Lidi digunakan untuk menahan agar duit tidak terlepas daripada kek semasa duit ditarik.

3. Stick dicucuk daripada tepi.

4. Potong kek ikut saiz duit yang ingin dimasukkan ke dalam kek.

5. Masukkan plastik kecil, agar duit tidak terkena pada kek.

6. Lekatkan stick.

7. Ambil lebihan kek dan tutup bahagian lubang tadi. Potong dan ratakan lebihan kek. Kemudian krim kek seperti biasa.

8. Tadaa… Da siap.. Semoga bermanfaat ilmu yang dikongsikan.

Sumber: Fazriana Bakingstudio

Updated: June 19, 2023 — 3:49 am