Whatsapp Akan Mengenakan Sekatan Kepada Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari 2020

Penyedia applikasi Whatsapp bakal menyekat  pengguna yang tidak setuju terima polisi baharu bermula 8 Februari 2020. Melalui polisi tersebut, anda dikehendaki untuk bersetuju sekiranya data peribadi seperti maklumat kewangan, bank, kesihatan dan senarai kontak dan banyak lagi maklumat anda dikongsi atau diintegrasikan dengan platform Facebook.

Hal ini dikatakan untuk membolehkan pihak Facebook menyasarkan pengiklanan secara lebih tepat kepada pengguna.

Namun demikian, aplikasi Whatsapp yang selama ini kita gunakan secara percuma ini kini dilihat datang dengan harga yang perlu dibayar. Bezanya, anda tidak perlu membayar menggunakan wang ringgit tetapi sebaliknya membayar dengan menggadaikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga iaitu Facebook.

Tidak terima polisi, tidak layak guna Whatsapp lagi

Lebih menggusarkan, individu yang tidak menerima polisi tersebut sebelum atau pada 8 Februari 2020 ini dijangka akan disekat untuk menggunakan aplikasi Whatsapp. Ini bermakna anda tiada pilihan selain menekan butang ‘Agree & Accept’ untuk terus menikmati perkhidmatan pesanan ringkas tersebut.

Walau bagaimanapun, sejak timbul desas desus tindakan Whatsapp yang mengancam maklumat peribadi siber pengguna, pihaknya semalam lantas mengeluarkan penjelasan dan meyakinkan pengguna bahawa polisi baharu tersebut adalah selamat.

Jelas Adam Mosseri yang merupakan Eksekutif Facebook dan Instagram, polisi baharu itu telah disalah ertikan oleh ramai pihak, sebaliknya ia sebenarnya menyasarkan kepada pengguna Whatsapp yang melakukan perniagaan dan bagaimana informasi rutin mereka dapat membantu Facebook menyasarkan iklan berdasarkan jaringan sosial media.

Selain itu, pihak Whatsapp memberi jaminan bahawa mereka tidak dapat melihat mesej privasi anda dan tidak akan berkongsi senarai kontak pengguna dengan Facebook.

Updated: January 14, 2021 — 6:01 am